Pembinaan Surau

Adalah tidak lengkap sesuatu taman perumahan itu jika tidak ditunjangi dengan sebuah surau yang menjadi pusat bagi segala aktiviti agama dan kemasyarakatan.  Oleh itu, pada Mesyuarat Agung PPTDU yang pertama pada 17 April 2011, secara rasminya ilham dan projek pembinaan surau dilancarkan.
Satu jawatankuasa telah dipilih untuk menerajui dan menguruskan proses pembinaan surau ini yang melibatkan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Majlis Perbandaran Sepang, Jabatan Agama Islam Selangor, Pejabat Tanah Daerah Sepang, firma arkitek, kontraktor, pemimpin setempat dan sebagainya.  
Buat masa ini, tapak surau tersebut, yang telah disediakan oleh pihak pemaju terletak sebaris dengan Rumah TNB di Jalan Utama 6.
Marilah sama-sama kita berusaha dan berdoa agar pembinaan surau ini berjalan dengan lancar dan menerima sokongan dan kerjasama daripada semua penduduk Taman Desa Utama, Jalan Bukit 1, Desa Syafiqah, Putra Heights dan penduduk persekitaran.  

AJK Pembinaan Surau
Pengerusi                            Dr. Hj. Jamaludin Omar
Timbalan Pengerusi            Ust Gushadi Mahayuddin
Setiausaha                          Hj. Md. Jafrry Masat
Penolong Setiausaha          Hj. Rusli Alwi
Bendahari                           Hj. Mohd Yusoff Mustapha
Penyemak Kira-kira 1         En. Abdul Hadi Umar
Penyemak Kira-kira 2         Hj. Iskandar Zulkarnain Hussin
Wakil Pemuda                    En. Mohamad Ridza Mubarak
Wakil Wanita                     Hjh. Norani Md Yasin
Ahli Jawatankuasa:
1.       Ust. Hj. Md. Saim Hashim
2.       Hj. Mohamad Tallaha Md. Said
3.       Hj. Abdullah Tahir Ab. Bakar
4.       En. Badrul Hisham Jaafar
5.       Hj. Rosli Adam
6.       Dr. Wan Muhaizan Wan Mustaffa
7.       Datuk Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman
8.       En. Mohd Fazzil Mohd Salleh
9.       En. Noor Azlisham Abd. Jalil

No comments:

Post a Comment