Sunday, 2 October 2011

Sumbangan Ramadhan 2011


Tarikh : 21st Aug 2011
Masa : 10 am ( Darul Fuqaha ) and 11am ( Darul Ruqqayyah)
Tempat: Darul Fuqaha dan Komplek Kebajikan Ruqqayyah

Sempena bulan Ramadhan yang lepas iaitu pada 21 Ogos 2011, Persatuan Penduduk Taman Desa Utama dibawah Biro Wanita telah menjayakan aktiviti sumbangan kepada anak-anak yatim.  Sejumlah wang dan kuih muih telah berjaya dikumpulkan untuk disedekah kepada penghuni dan pelajar Darul Fuqaha dan Rumah Kebajikan Rukaiyah.

Kedatangan kami telah disambut meriah oleh kedua-dua badan kebajikan tersebut.  Pelajar Darul Fuqaha telah menyajikan alunan nasyid yang indah untuk santapan ahli persatuan.
Terima kasih di atas sumbangan penduduk-penduduk Taman Desa Utama, Jalan Bukit 1 dan Desa Syafiqah.

Sumbangan yang pihak persatuan kumpulkan telah diserah oleh wakil persatuan iaitu Datin Bibi Zuhara Dilbarkhan dan Hj. Rusli Alwi.



2 comments: