PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA UTAMA (PPTDU)
Taman Desa Utama (TDU) adalah kawasan perumahan jenis banglo yang telah didiami sejak tahun 2005 yang dahulunya hanya ada beberapa buah rumah sahaja. Sejak kebelakangan ini, jumlah rumah yang di bina semakin bertambah. Oleh itu, satu badan dan persatuan yang menaungi penduduk amatlah diperlukan.
Atas inisiatif beberapa penduduk, maka Persatuan Penduduk Taman Desa Utama (PPTDU) telah didaftarkan dan mesyuarat agung pertama telah diadakan pada 17 April 2011. Apa yang menariknya, PPTDU terbuka kepada penduduk Taman Desa Utama, Jalan Bukit 1 dan Desa Syafiqah.
Matlamat penubuhan persatuan adalah untuk mengeratkan silaturahim, menganjurkan majlis keramaian, gotong royong, kebajikan, urusan sosial, keagamaan dan kemasyarakatan di kalangan ahli. Penubuhan persatuan juga bertujuan untuk mempermudahkan urusan pembinaan surau di Taman Desa Utama.
Setakat 31-Ogos 2011, jumlah rumah/keluarga yang berdaftar dalam PPTDU ialah sebanyak 26 buah. Pada ketika ini, aktiviti penduduk setempat ialah majlis membaca Yaasin dan doa selamat yang diadakan sebulan sekali dan digilirkan di antara keluarga untuk memupuk silaturrahim dan ukhwah dikalangan ahli.